Salam Sejahtera ke Atas mu..

Monday, June 17, 2013

Apabila kita ikhlas..

Sabda Rasulullah S.A.W
"Setiap perbuatan itu dimualai dengan niat"
Jika kita membaca setiap kitab-kitab hadis,maka hadis inilah yang menjadi muqadimah kepada pembacaan kita.Walaupun hadis ini dikatakan hadis yang lemah,kerana melalui satu sanad iaitu melalui saidina Umar AL-Khatab,namun ia tetap memberikan impak yang sangat2 mendalam terhadap sesiapa sahaja yang benar-benar memahami maksud tersirat hadis ini.

Tanpa niat,maka solat jadi tak sah,mandi wajib jadi tak sah,malah puasa juga tidak akan sah andai puasa kita itu tidak diiringi dengan niat.Begitulah hebatnya kuasa NIAT ini.Namun dalam kita tidak sedari,ada sesuatu yang perlu kita selitkan dalam NIAT yang ingin kita buat.Benda itu tidak lain,tidak bukan adalah IKHLAS.Seandainya niat yang ingin kita bina tidak disertakan dengan ikhlas,maka jadilah niat tersebut sesuatu yang merugikan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan.

 

"Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah,dengan Ikhlas menaatinya semata-mata..."
Surah Al-Bayyinah(98):5.Jelas dalam kitabullah menerangkan bahawasanya Allah S.W.T menyuruh kita untuk sentiasa mengikhlaskan diri dalam setiap perkara termasuklah dalam kita beriman dan mentaati-Nya.Terbukti dalam sirah Nabawiyah apabila kita berniat dan ikhlas dalam melakukannya,maka perkara yang mustahil pun akan menjadi perkara yang sangat mudah untuk dilakukan.Mari kita lihat bagaimana mudahnya para sahabat menginfakkan harta mereka ketika perang Tabuk,apabila Saidina Umar Al-Khatab RA menginfakkan separuh hartanya manakala Saidina Abu Bakar As-Siddiq kemudianya menginfakkan semua hartanya untuk kegunaan tentera muslimin sehinggakan membuatkan Rasulullah kagum dan bertanya kepada beliau,"Apa yang kamu tinggalkan terhadap isteri dan anak2 mu wahai Abu Bakar?",maka apa Abu Bakar jawab,"Hanya ALLAH dan RASUL".

 
 IKHLAS bukan ditunggu-tunggu kedatangannye ke dala hati,namun ikhlas harus dipupuk serta dilatih,barulah kemudiannya perasaan ikhlas itu datang dan bertapak dalam hati kita.Tiada alasan untuk kita tidak melakukan sesuatu perkara hanya kerana nak tunggu ikhlas tue datang.Latih lah hati kita,disiplinkan perbuatan kita,insy-Allah perasaan ikhlas pasti akan muncul dan menjalar dalam hati kita.Analoginya mudah,kita tidak akan dapat merasai kejayaan andai kita tidak berusaha untuk berjaya.Berusaha,dan terus berusaha,barulah kita akan mencapai kejayaan.Bukankah usaha tangga kejayaan?maka begitu juga dengan ikhlas.seandainya tidak dilatih untuk ikhlas,masakan kita akan merasai keikhlasan?

Tepuk dada,tanyalah iman


3 comments:

Ayuh kite perbaiki!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!