Salam Sejahtera ke Atas mu..

Monday, November 14, 2011

Renungan sejenak.

Tanda-Tanda HATI MATI...

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Monday, October 31, 2011

Renungan hadis.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah saw bersabda,
"Selagi akan datang suatu masa dimna orng yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang laen dan dari suati lubang kepada lubang yng laen.Maka apabila ini telah terjadi,segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan ALLAH swt.Maka apabila ini terjadi,kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya.Kalau tidak mempunyai isteri dan anak,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya.Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya(adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".
Sahabat bertanya;
"Wahai Rasulullah saw,apakah maksud perkataan engkau itu?"
Nabi saw menjawab;
"Mereka akan mencelanya dan mengaibnya dengan kesempitan kehidupannya.Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
(Riwayat Baihaqi)

Sunday, September 11, 2011

hari-hari mendatang....

Subahanallah,Alhamdulilah,syukur kpada ALLAH S.W.T kerna mash memberi hidayah
terhadap ku untk mengupdate blog ini.sudah sekian lama blog ini sepi
tanpa sebarang catatan,ulasan dan cerita2 yng berlaku trhadap ku...
al-maklumlah,dah melanjutkan pelajaran ni..sbuk la sikit..lagi pun aq tngah cari idea
untk diisi dlam blog nie.Yela,kalo boleh biarlah blog kite nie berilmiah ckit...hehehe.
Ape2 pun InsyaAllah,aq akan sntiasa update blog nie..harap2 anda smua teruja la ye..hehehe
bukan syok sndiri,tapi harapan..harap2 ade la orng sudi bace blog nie.
InsyAllah jgak,aq akan selitkan blog nie kan bahan2 ilmiah,yng dpat kite kongsi bersama,
dan mybe sdikit tentang pndanagn ku,or cerita peribadiku..ape2 pun smua berdasarkan rujukan
dan hasil bacaan ku dari orng2 yng betol2 berilmu..
ok la..smpai disini aje..nanti aq akan update agy ye..insyAllah...

Tuesday, June 21, 2011

Ya ALLAH,aq jatuh cinta..



"my love"

awak, even saya tak tahu siapa awak, saya sentiasa doakan awak akan menjadi pasangan yg terbaik untuk saya 1 hari nt. saya akan berusaha untuk jadi wanita yang solehah, yang layak berganding dengan awak, lelaki yang soleh. saya akan kejar cita2 saya, jaga maruah saya, dan sucikan hati saya drpd cinta lelaki yang bukan jodoh saya. awak tunggu saya yea. saya harap awak pun dapat simpan cinta awak untuk saya =)


masyallah,alhamdulilah...masih ada wanita yg mempunyai pemikiran mcm nie,

yag bagy aq tersngat menarik...x pernah terlintas di hati aq nak wat cmnie,

memg style la cara dia nak berkasih sesama manusia....

xperlu nak kapel,x perlu nak dating....

hanya berserah kpada ALLAH S.W.T untk menentukan....

jodoh yg terbaik untk die...

seperti trmaktub dlam AL-Quran

surah An-Nur,ayat 26...yg brmaksd..

"perempuan-perempuan yag keji untuk laki-laki

yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan

yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik

untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yng baik untuk permpuan-perempuan

yang baik(pula),mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orng,mereka peroleh ampunan

dan rezeki yang mulia(syurga)."



thaks untk akhi muaz...ana copy ayat wanita misteri nie dri antum nye notes..

sekadar renungan brsama...insyAllah.

Wallahualam.


Saturday, May 28, 2011

muhasabah..

Asalamualaikum..lame benar aq tdak mengupdate blog aq...
alhamdulilah..ALLAH mash lagy bri kesmpatan untk aq mengupdate blog nie..
huhuuh...aish..smakin lame aq dok kt umah..smakin bnyak cbaran dan dugaan yg
trpakse aq hadapi...
haish..sush betol nak kekalkan iman ble ade kat umah...
pergh....memg susah..bnyak sngat cabaran dan dugaan yg perlu aq
hadapi...
kadng2 aq rndu dngan shbat2 aq....
aq rindu untk dngar tazkirah mereka....
aq rindu nak dngar nasihat mereka...
dan...
aq rindu nak dngar peringatan dan amaran mereka tntg azab ALLAH yg amat pedih...
ish...namun apakah daya..msng2 mempunyai tnggunjwab trsndiri...
alhamdulilah...sukrng2 aq bersyukur...
kerana mash dikurniakan kwan2 seiman...
masih ade kwan2 di taman ku yg mampu menjadi shabt2 ikhwah ku....
dan disni...aq meneruskan tradisi halaqoh ku...
kami sma2 bertadarus....
kami sama2 memprbetolkan bacaan masng2....
agar bacaan kami lebh sempurna..dan moge2 diterima oleh ALLAH....
dan segala ilmu yg ku perolehi dripda shabat2 ikhwah ku...
telah ku sebarkan kpada shbat2 ku disini....
moga sunnah trbesar Rasullulah trsebar luas dlam kalangan ank2 mude..
Insyaalah

Monday, May 2, 2011

Kate2 Khulafa

"Aku cukup takut jika ALLAH tak berikan aku ujian,karena ujian itu ialah tanda sayang ALLAH "

Saidina Ali R.A

jadi akhi2 dan ukhti sekalin..renungkanlah kate2 Sidina Ali ini....
selama ini kite sering merungut ble ditimpa bencana...
pernah x skali kte trfikir..yg musibah ini tanda kasih syg ALLAH kpada kite???
jadi..ingatlah ALLAH...jngan ble kesusahan bru nak mengingati-NYA
sesungguhnye ketahuila kite bahawa setiap musibah dan dugaan ini..
adalah tanda ALLAH "memujuk" kite kembali kpada-NYA...
wallahualam

Tuesday, April 19, 2011

Doa Sang Ikhwah


Ya ALLAH,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini....
berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka,eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yng sebenar,
penuhkanlah hati-hati ini dengan chaya Rabbani-Mu yng tdak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakal kepada-Mu,
suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan-Mu yng hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada,
dlam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,


Tuesday, April 12, 2011

Tangisan Seorang Sahabat..

Asalamualaikum,alhamdulilah ana masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog kesyangan ana ini.mudah-mudahan dngan blog ini,dpat ana gunekan dlam meneruskan perjuangan terbesar junjungan kite,Rasullulah MUKAMMAD S.A.W,iaitu berdakwah..mudah-mudahan.Baik..erm kali nie ana bkan nak memberi tazkirah or berkongsi ilmu..cume nak menceritakan pengalaman ana semasa menyertai geng usrah yng seringkali dikendalikan oleh akhi zikri...kebetulan plak beliau bekas pelajar semesti..jadi kire die nie super senior ana la..huhuh.memg seronok sngat dpat masuk geng usrah nie.bnyak ilmu2 serta kefahaman tentng islam yng ana pelajari.alhamdulilah..namun yng menyedihkan ana...ana msuk geng usrah nie lagy 3 minggu nak tamat pengajian.jadi ana rase agak terkilan la jgak....namun begitu,walaupun ana sertai geng nie agak lambat..namun2 ikhwah2 yng laen tetap menerima ana dan melayan ana mcm shabat.terharu sngat....mereka bimbing ana,mereka nasihati ana..
"Ya ALLAH,aq bersyukur kerna Engkau telah memberi ku kad jemputan untuk aq mengenali keindahan Islam..

untuk aq mendampingi ngan jemaah islam...dan menjauhi dri perkara yng Engkau mungkar..

berikanlah kejayaan kepada sahabat2ku,

berikanlah kebahagian kepada sahabat2ku

semoga Ya ALLAH,mereka sntiasa dlam lembayu rahmat-Mu"


~Amin~


trima kasih untuk murobbi ana,akhi zikri,kerna bnyak membimbing ana,shbat ana yng tegas,akhi pok deh,yng sering berkongsi ilmu ngan ana,akhi faez,mengajar ana tajwid Al-Quran,akhi zuhdi,dan laen2 sperti akhi izhar,akhi hafiz,akhi danial...dan ikhwah yng laen.(maaf kerna x ingat name)

moga ukhwah kite sntiasa bersatu...

Saturday, March 19, 2011

dimensi baru

alhamdulilah...akhrnye ALLAH bri pelunag untk ana mencoretkan sdikit isi haty ana dlam blog ana yng trcinta ini..hehehe.Bnyak perubahan yng brlaku dlam diri ana ini..smua nye ats izin dripda ALLAH S.W.T..syukur sngat..thaks ALLAH...kerna mengurniakan aku..shbat yng setia..yng masih melakukan sunnah terbesar Rasullulah,iaitu berdakwah...alhamdulilah...trgerak haty ana untuk lebh menghayati ISLAM itu sndiri.ISLAM bkan skadar name...tapi ISLAM keseluruhan nye,yng merangkumi seluruh aspek...baiklah..ini saja mukadimah yng ingin ana smpaikan..insyallah kalo ade mase..ana akan tetap update blog ana untuk tatapan dan renungan kite smua...

Ayuh kite perbaiki!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!