Salam Sejahtera ke Atas mu..

Monday, June 17, 2013

Apabila kita ikhlas..

Sabda Rasulullah S.A.W
"Setiap perbuatan itu dimualai dengan niat"
Jika kita membaca setiap kitab-kitab hadis,maka hadis inilah yang menjadi muqadimah kepada pembacaan kita.Walaupun hadis ini dikatakan hadis yang lemah,kerana melalui satu sanad iaitu melalui saidina Umar AL-Khatab,namun ia tetap memberikan impak yang sangat2 mendalam terhadap sesiapa sahaja yang benar-benar memahami maksud tersirat hadis ini.

Tanpa niat,maka solat jadi tak sah,mandi wajib jadi tak sah,malah puasa juga tidak akan sah andai puasa kita itu tidak diiringi dengan niat.Begitulah hebatnya kuasa NIAT ini.Namun dalam kita tidak sedari,ada sesuatu yang perlu kita selitkan dalam NIAT yang ingin kita buat.Benda itu tidak lain,tidak bukan adalah IKHLAS.Seandainya niat yang ingin kita bina tidak disertakan dengan ikhlas,maka jadilah niat tersebut sesuatu yang merugikan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan.

 

"Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah,dengan Ikhlas menaatinya semata-mata..."
Surah Al-Bayyinah(98):5.Jelas dalam kitabullah menerangkan bahawasanya Allah S.W.T menyuruh kita untuk sentiasa mengikhlaskan diri dalam setiap perkara termasuklah dalam kita beriman dan mentaati-Nya.Terbukti dalam sirah Nabawiyah apabila kita berniat dan ikhlas dalam melakukannya,maka perkara yang mustahil pun akan menjadi perkara yang sangat mudah untuk dilakukan.Mari kita lihat bagaimana mudahnya para sahabat menginfakkan harta mereka ketika perang Tabuk,apabila Saidina Umar Al-Khatab RA menginfakkan separuh hartanya manakala Saidina Abu Bakar As-Siddiq kemudianya menginfakkan semua hartanya untuk kegunaan tentera muslimin sehinggakan membuatkan Rasulullah kagum dan bertanya kepada beliau,"Apa yang kamu tinggalkan terhadap isteri dan anak2 mu wahai Abu Bakar?",maka apa Abu Bakar jawab,"Hanya ALLAH dan RASUL".

 
 IKHLAS bukan ditunggu-tunggu kedatangannye ke dala hati,namun ikhlas harus dipupuk serta dilatih,barulah kemudiannya perasaan ikhlas itu datang dan bertapak dalam hati kita.Tiada alasan untuk kita tidak melakukan sesuatu perkara hanya kerana nak tunggu ikhlas tue datang.Latih lah hati kita,disiplinkan perbuatan kita,insy-Allah perasaan ikhlas pasti akan muncul dan menjalar dalam hati kita.Analoginya mudah,kita tidak akan dapat merasai kejayaan andai kita tidak berusaha untuk berjaya.Berusaha,dan terus berusaha,barulah kita akan mencapai kejayaan.Bukankah usaha tangga kejayaan?maka begitu juga dengan ikhlas.seandainya tidak dilatih untuk ikhlas,masakan kita akan merasai keikhlasan?

Tepuk dada,tanyalah iman


Wednesday, April 10, 2013

semakin dilupakan..

Dakwah itu merangkumi semua aspek kehidupan dan cara.Ada yang berdakwah dngan keluar bermusafir,ada yang dengan berpolitik,dan ada juga yang mem-bidaahkan orang.
 
Saya x cakap salah pun cara tersebut.Sebab masing2 punya cara tersendiri untuk menyampaikan risalah-risalah dakwah dimuka bumi ini.Apa yang saya maksudkan,taffador..teruskan.
 
Cume,jangan kita lupe,menulis juga mampu untuk kita jadikan medium dalam dakwah kita.
insyAllah,blog dah ada,FB pun dah ada,so apa lagi,moh kita berdakwah : )
 
 

Friday, May 4, 2012

Renungan Hadis

Rasulullah SA.W bersabda:

"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

1.Imam(pemimpin) yang adil

2.Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah

3.Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid

4.Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah

5.Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina,lalu ia menjawab "aku takut kepada Allah"

6.Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya

7.Seseorang yang mengingati Allah ditempat yang sunyi lalu mengalirkan air matanya

(Riwayat Abu Daud,Tirmidzi dan Ibnu Maja)

Friday, February 17, 2012

ustaz,saya cintakan dia!!















"salam ustaz,sy ade soalan untk ustaz,bagaimana kita harus lakukan seandainya kita mencintai seseorng ustaz??kita teramat mencintai die,dan tidak sngup nak tinggalkan dia,memg dah tahap sayang gile dah.apa kita harus lakukan??"


kedengaran suara seorang mahasiswa Uitm bertanyakan soalan terhadap panel jemputan,,sempena forum yang dianjurkan oleh pihak Uitm yng bertajuk "Hari Kekasih".
Dalam hati aq terkesima dengan soalan yg diberikan,kerana bagi aq,ia amat menarik untk dikupas.
Yela,memandangkan zaman sekarang gejala couple memg sukar nak dibendung.Semakin ramai remaja2 "Islam" terjebak dalam budaya barat ini.

Dan jawapan yang diberikan sunguh menarik.Ini antara point2 yang diutarakan oleh panel jemputan tersebut:
1.andai benar kiat memg dah jatuh cinta dan ade niat nak memperisterikan si dia,maka kita boleh berkenalan dengan dia.ketahui latar belakangnya,pendidikanya dan yang berkait dengan diri si dia.bawak jumpa family,disini kita dpat menilai sejauh mana benar hasrat dia nak mengawini kita,andai si dia setuju,memg benar,namun jika sebaliknya,lebih baik batalkan aje.

2.jika kita jatuh cinta,xde masalah,sbb itu memg lumrah manusia untk mencintai dan saling dicintai,dan islam tidak melarang perkara baik tersebut.namun harus dilakukan dengan cara yang betol.andai benar sudah jatuh cinta,maka kawin la.hee

3.persiapkan diri sndiri dengan ilmu2 agama,agar masjid yang dibina akan terus kukuh,kerana kita berkahwin kerana Allah S.W.T.Perkahwinan bukan satu bebanan,malah ia merupakan sunnah.jika ia dilakukan dngan baik,maka kenikmatan dan kebahagian yang bakal menanti kita,insyAllah.

4.untuk cari pasangan yang baik,atau pun soleh mahu pun solehah,maka ianya bermula dengan diri sendiri dahulu,sbb keperibadian dan keimanan seseorang mencerminkan keperibadian dan keimanan pasangannya.Dalam Al-Quran sudah jelas menyatakannya dalma surah ke 24,surah An-Nur,ayat ke 26.

menarikkan??anda pula bagaimana??andai sudah jatuh cinta,lakukan dengan cara yang betul.

"perkahwinan yang berlandaskan nafsu dan keseronokan hanya membawa kepada kepedihan dan kesengsaraan,namun perkahwinan yang berlandaskan iman dan takwa,maka kebahagiaan dan kenikmatan menanti dengan penuh keterbukaan"

wallahualam.

Monday, November 14, 2011

Renungan sejenak.

Tanda-Tanda HATI MATI...

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Monday, October 31, 2011

Renungan hadis.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah saw bersabda,
"Selagi akan datang suatu masa dimna orng yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang laen dan dari suati lubang kepada lubang yng laen.Maka apabila ini telah terjadi,segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan ALLAH swt.Maka apabila ini terjadi,kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya.Kalau tidak mempunyai isteri dan anak,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya.Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya(adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".
Sahabat bertanya;
"Wahai Rasulullah saw,apakah maksud perkataan engkau itu?"
Nabi saw menjawab;
"Mereka akan mencelanya dan mengaibnya dengan kesempitan kehidupannya.Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
(Riwayat Baihaqi)

Sunday, September 11, 2011

hari-hari mendatang....

Subahanallah,Alhamdulilah,syukur kpada ALLAH S.W.T kerna mash memberi hidayah
terhadap ku untk mengupdate blog ini.sudah sekian lama blog ini sepi
tanpa sebarang catatan,ulasan dan cerita2 yng berlaku trhadap ku...
al-maklumlah,dah melanjutkan pelajaran ni..sbuk la sikit..lagi pun aq tngah cari idea
untk diisi dlam blog nie.Yela,kalo boleh biarlah blog kite nie berilmiah ckit...hehehe.
Ape2 pun InsyaAllah,aq akan sntiasa update blog nie..harap2 anda smua teruja la ye..hehehe
bukan syok sndiri,tapi harapan..harap2 ade la orng sudi bace blog nie.
InsyAllah jgak,aq akan selitkan blog nie kan bahan2 ilmiah,yng dpat kite kongsi bersama,
dan mybe sdikit tentang pndanagn ku,or cerita peribadiku..ape2 pun smua berdasarkan rujukan
dan hasil bacaan ku dari orng2 yng betol2 berilmu..
ok la..smpai disini aje..nanti aq akan update agy ye..insyAllah...

Ayuh kite perbaiki!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!