Salam Sejahtera ke Atas mu..

Monday, October 31, 2011

Renungan hadis.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah saw bersabda,
"Selagi akan datang suatu masa dimna orng yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang laen dan dari suati lubang kepada lubang yng laen.Maka apabila ini telah terjadi,segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan ALLAH swt.Maka apabila ini terjadi,kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya.Kalau tidak mempunyai isteri dan anak,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya.Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi,maka kebinasaanya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya(adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".
Sahabat bertanya;
"Wahai Rasulullah saw,apakah maksud perkataan engkau itu?"
Nabi saw menjawab;
"Mereka akan mencelanya dan mengaibnya dengan kesempitan kehidupannya.Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".
(Riwayat Baihaqi)

Ayuh kite perbaiki!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!